Seperti yang aku janjikan, mari aku bagi review untuk novel tulisan Zaid Akhtar ni. Umum dah tau kehebatan novel best-seller ni, tapi aku nak bagi review negatif. Bak kata Anton Ego (kartun ‘Rattatouille tu, yang jadi pengkritik makanan tu) “review negatif lebih menarik daripada yang positif”. Boleh tak? Ukht Atiqah ketika aku pinjam novel ni daripada dia, mengatakan yang ceritanya bukan cerita cinta. Tapi bila aku baca habis, aku rasa nadi ceritanya tetap cinta. Kalau tak, buat apa tajuk ‘Salju Sakinah’, dimulakan dengan putusnya hubungan Sumayyah dengan Afnan pada musim panas dan diakhiri pula dengan pernikahan Sumayyah dengan Naufal pada musim sejuk. Namun begitu, keseluruhan cerita yang menitik beratkan kehidupan berpandukan Islam menjadikan kisah cinta yang walaupun wujud pada tajuk, sekadar pemanis cerita – bukan fokus utama. Aku rasa la kan, Zaid Akhtar jadikan cinta tu sebagai penarik sahaja supaya karyanya yang sarat dakwah ni lebih manis dihadam pembaca. Lagi pun, ‘Salju Sakinah’ yang asalnya diterbitkan secara bersiri dalam ruangan Agama di akhbar Utusan memang bertujuan dakwah kan? Kalau nak tulis cinta islamik macam ‘Ayat-ayat Cinta’ tu kena la terbit tempat lain. Memo: Saya gembira dan kagum dengan kebolehan pengkritik berbakat ini "melihat" aspek yang tidak dilihat oleh pengkritik lain. Perfectionist begini layak menjadi seorang penulis atau editor!![]()
Salju Sakinah
Blog Archive
Entri Mutakhir Blog Pilihan
-
Umbara Sastera III3 hours ago
-
-
-
Tonton CD2 days ago
-
-
-
Surat Pembaca Cilik2 months ago
Categories
- carta (2)
- fragmen (2)
- HSKU 2006 (1)
- peribadi (17)
- previu (5)
- promosi (15)
- reviu (8)
Baru sahaja pulang dari Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2009 selama 4 hari 3 malam di Kukup Golf Resort, Pontian. Tidak menyangka agak ramai juga pembaca karya saya dalam kalangan guru dan pelajar yang terpilih ke sini.
Labels: peribadi
buat pengunjung blog dan
semua pembaca Salju Sakinah.
Kullu 'aam wa antum bikhayr.
Labels: peribadi
Assalamualaikum w.b.t.
Lahir sebagai seorang lelaki yang keras kepala dan keras hatinya tidak memungkinkan saya mungkin hampir dan membaca novel cinta seperti Salju Sakinah. Ternyata kuasa Allah s.w.t. mengatasi tanggapan makhluk. Hati yang disangka keras rupa-rupanya selembut kapas. Bermula dari membaca dengan niat mencemuh bertukar dengan membaca dengan kemahuan mencari tauladan. Betapa geloranya di dalam hati membaca setiap baris. Mengidamkan gadis semulia Sumayyah seumpama mencari mutiara di dasar lautan yang luas. Terima kasih di atas jambangan mukhlis, mukhsin, ihsanat dan ihtifak yang ditaburkan. Semoga buah tangan Zaid Akhtar selepas ini mempunyai roh yang lebih utuh dari Salju Sakinah...
Labels: peribadi
Tahmid.
Baru-baru ini puan editor memberitahu saya, Salju Sakinah akan dicetak buat kali keenam dalam masa terdekat. Ini bermakna SS berjaya dicetak buat kali ketiga pada tahun ini. Ya Rabb.
Tiada kalam yang layak saya ujarkan selain syukur kepada-Nya. Terima kasih juga kepada PTS yang memberikan pakej yang terbaik untuk novel tersebut. Ini pengalaman baharu bagi saya meskipun sudah menulis beberapa novel lain sebelum ini. Lantaran novel-novel terdahulu untuk diulangcetak kali kedua pun sangat sukar rasanya. Puncanya pastilah tegal jualan yang tidak menggalakkan.
Memang ada permintaan pembaca agar saya melanjutkan novel setebal hampir 600 halaman itu. Tetapi saya sama sekali belum memikirkannya biarpun ketika menulisnya dahulu ada plot-plot lain yang tercetus dan berpotensi untuk dikembangkan. Biarlah saya membangunkan novel lain dahulu. Masih banyak tema yang ingin saya teroka dan mesrai. Beberapa cerpen lama saya juga sesuai untuk diadaptasi kepada novel saya kira.
Insya-Allah.
Labels: peribadi
"Ku hadiahkan jambangan mukhlis, muhsin, ihsanat, ittifak ini yang disatukan dlm hidangan yang nyedar dan nyenyak agar satu tuntutan imej tauladan suci terbentuk buat kita semua."
Selepas lima belas bulan Salju Sakinah berada di pasaran dan berjaya dicetak buat kali kelima, petang tadi saya menerima sebuah tesis atau projek ilmiah seorang bakal graduan UKM. Rupanya novel SS telah menjadi subjek kajiannya bagi mendapatkan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan).
Saya sendiri teruja. Tidak menyangka pertolongan yang sedikit menerusi e-mel dahulu dibalas dengan sebuah tesis yang sempurna. Tidak menduga novel bersiri yang saya tulis dengan penuh siksa sepanjang tahun 2005 mendapat perhatian yang tidak sedikit oleh pembaca dan sarjana. Saya kira SS bukanlah karya terbaik saya setakat ini. Saya lebih menyenangi Rona Bosphorus yang jauh menjelajah ke Istanbul dan mendepani pengaruh Yahudi. Namun pakej yang diberikan kepada SS ternyata istimewa lantas saya reda dengan pemberian-Nya.
Saya membelek-belek naskhah tesis berkulit hijau yang bertaip kemas. Judulnya juga menarik: Mesej Dakwah dalam Novel Ayat-ayat Cinta dan Novel Salju Sakinah.
Labels: peribadi
Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian-Popular 2009
Fiksyen:
Aisya Sofea - Selagi Ada Dia
Anis Ayuni - Seribu Kali Sayang
Fauziah Ashari - Rindu Cintaku
Damya Hanna - Ternyata Cinta
Ramlee Awang Murshid - Hijab Sang Pencinta
Siti Rosmizah - Andai Itu Takdirnya
Norhayati Berahim - Kembalikan Cintaku
Aleya Aneesa - Segalanya Untukmu
Mimie Affnie - Kalau ada Jodoh
Zaid Akhtar - Salju Sakinah
Non-fiksyen:
Dr. H.M. Tuah Iskandar - Fikir-Fikiran
Sheik Mustapha - Menggapai Bintang
Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim - Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Dr. Tengku Asmadi - Teknik Memotivasi Anak Cara Positif
Dato Ustazah Nor Bahyah Mahmood - Hadiah untuk Muslimah
Dr. H.M. Tuah Iskandar - Membina Cinta Sayang
Dr. Danial Zainal Abidin - Minda Muslim Super
Dato Dr. Mohd. Fadhilah Kasmah - Langkah Bijak Usahawan Terbilang
Azahar Abdul Rahman - Rahsia Buat Duit Dengan Ebay
Cara undian adalah:
1. Undian melalui Akhbar Berita Harian
2. Borang Undian yang diberi disemua rangkaian Popular seluruh Malaysia.
Tarikh keluar borang belum ditentukan.




